• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Umur Layak Mengundi Ke Kabinet, Parlimen Masa Terdekat

oleh
25/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul had umur layak mengundi daripada 21 tahun direndahkan kepada 18 tahun akan dibawa ke kabinet dan Parlimen tidak lama lagi, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang bertekad untuk memastikan perkara itu menjadi kenyataan, berkata beliau bertemu dengan Peguam Negara Tommy Thomas hari ini bagi membincangkan antaranya pindaan undang-undang yang perlu bagi tujuan tersebut.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya bertanggungjawab untuk berjuang bagi pemerkasaan belia. Kami berbincang tentang meminda undang-undang sedia ada untuk merendahkan usia layak mengundi kepada 18 tahun seperti yang diamalkan di seluruh dunia.

“Ini bermakna suara belia akan bertambah lantang dan kuat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Anggota Parlimen Muar itu pindaan sedemikian akan memberikan peranan yang lebih penting kepada belia dalam proses membina negara.

Beliau berkata berbeza dengan negara seperti Filipina, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis yang mengiktiraf intelek dan kematangan golongan berusia 18 tahun mereka, ada rakyat Malaysia yang menggelar mereka ‘bodoh’ atau ‘tidak matang’.

“Ahli politik daripada semua pihak harus berjuang untuk kepentingan orang muda dan tidak boleh mengabaikan mereka. Ini bermakna kita mesti didik belia kita dengan lebih baik agar mereka boleh menjadi pengundi yang terdidik.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengubah perkara ini. Saya mahu mereka menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara. Ini adalah Malaysia kita, bersama, selamanya,” katanya.

Usul itu merupakan antara janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd