• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira 1,800 Kes Denggi Di Sabah Sehingga 21 Julai

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,791 kes denggi direkodkan di Sabah sehingga 21 Julai ini, meningkat 666 kes berbanding 1,125 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 26 daerah di negeri ini, 12 daerah menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding tahun lepas. “Empat daerah dengan bilangan kes yang tinggi adalah Kota Kinabalu iaitu 491 kes, Tawau (357), Kunak (202) dan Lahad Datu (178),” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Bilangan kematian akibat denggi di Sabah sehingga 21 Julai ini ialah 15 kes meningkat 11 kes berbanding cuma empat kematian direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas. Justeru, orang ramai perlu sentiasa peka dengan kebersihan persekitaran mereka serta mengambil langkah perlu bagi memastikan nyamuk Aedes tidak membiak di kawasan masing-masing, kata Dr Christina.

Orang ramai dinasihat agar terus menjaga kebersihan kawasan masing-masing dan melakukan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jika menyimpan air dalam bekas, sila pastikan bekas ditutup rapat atau dibubuh ubat jentik-jentik, dan pastikan tidak ada tempat takungan air yang terbiar di kawasan masing-masing. nasihat Dr Christina.

Mengikut Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975, pemilik premis boleh dikenakan kompaun serta merta tidak melebihi RM500 jika didapati bersalah membiarkan jentik-jentik membiak di premis mereka. – BERNAMA

Tags: demam denggiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd