• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pampasan Perkeso Lebih RM600 Juta Pada 2017

oleh
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membelanjakan lebih RM600 juta untuk bayar pampasan melibatkan kematian, hilang upaya dan kecederaan ahlinya sepanjang tahun lepas.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, kes kemalangan perjalanan di kalangan pekerja terus menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

“Contohnya statistik pada 2017 menunjukkan sebanyak 33,319 kes kemalangan melibatkan 667 daripadanya kemalangan maut. Jumlah ini cukup tinggi.

“Setiap tahun antara RM600 juta dan RM800 juta diperuntukkan bagi menangani isu kemalangan, perubatan, pencen dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis penyerahan peralatan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Pemutihan Blackspot, inisiatif bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ACP Md Dali Abd Wahid.

Dr Aseh berkata jumlah perbelanjaan pampasan Perkeso setiap tahun adalah tinggi dan harus dikurangkan supaya dapat memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk pencegahan.

“Jika kita dapat cegah kemalangan banyak benda yang boleh kita selamatkan. Oleh itu, pendekataan yang diambil bagi bekerjasama dengan pihak polis adalah langkah yang terbaik.

“Melalui kerjasama ini, Perkeso dan PDRM akan menumpukan aktiviti pencegahan di kawasan ‘black spot’ iaitu kawasan-kawasan yang di kenalpasti oleh PDRM mencatatkan kadar kemalangan dan kematian yang tinggi di seluruh negara,” katanya – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd