• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah P.Pinang Pinjam RM1 Billion Untuk Projek Mega

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang mengumumkan sedang mendapatkan pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan beberapa projek mega di negeri ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, pinjaman sebanyak RM1 bilion itu didakwa bagi memulakan semula Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi memudahkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) dan projek Transit Aliran Ringan (LRT).

“Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow KonYeow dan bekas penyandang jawatannya yang kini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan projek tersebut tidak akan melibatkan wang rakyat.

“Sekarang cerita berlainan pula dan jika pinjaman ini diteruskan, ia mungkin mengundang risiko kewangan keatas Pulau Pinang. Terdapat risiko ekonomi dan persekitaran yang besar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed mengingatkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Guan Eng selaku Menteri Kewangannya pernah mendakwa Malaysia tidak lagi mampu melaksanakan projek-projek mega disebabkan hutang negara mencecah RM1 trilion.

“Lagipun ada aspek kewangan yang lebih penting di Pulau Pinang iaitu memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh ribut dan banjir sebelum ini dan langkah-langkah untuk menanganinya,” katanya.

Media pada 22 Julai lalu melaporkan kerajaan Pulau Pinang ‘me­nun­tut’ pinjaman mudah sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan rancangan pembinaan projek LRT dan jaringan lebuh raya baharu di negeri ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd