• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Hanya Mampu Lancar Jika Politik Stabil

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Agenda pembangunan yang dirancang di Perlis hanya mampu dilaksanakan dengan lancar jika suasana politik stabil, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah selain menyediakan infrastruktur lengkap, kestabilan politik juga antara faktor penting dalam menarik minat pelabur ke negeri ini, sekaligus membolehkan pembangunan dijalankan seperti dirancang.

“Kerajaan Negeri tidak mampu membangunkan negeri ini bersendirian, justeru ia memerlukan penglibatan dan peranan sektor swasta khususnya pelabur dan adalah mustahil untuk menarik pelaburan besar yang berimpak tinggi dan mampan jika kerajaan tidak tenteram dan politik tidak stabil.

“(Oleh itu) beta mahu setiap wakil rakyat di negeri ini bersatu hati, bekerja dengan ikhlas dan mengutamakan kepentingan negeri serta rakyat supaya projek-projek infrastruktur dapat dilaksanakan segera,” titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Baginda bertitah setiap wakil rakyat perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan tanggungjawab supaya pembangunan negeri dapat dipercepatkan dan mewujudkan persekitaran kondusif sekaligus membuka peluang kepada rakyat untuk memperbaiki taraf sosio-ekonomi mereka.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah landskap politik di negara ini juga sudah berubah dan cabaran untuk membangunkan Perlis adalah lebih sukar memandangkan ia kini negeri pembangkang.

“Ini ditambah dengan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat dari segi peruntukan perbelanjaan operasi dan pembangunan.

“Oleh itu, semua wakil rakyat perlu berusaha keras mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain dan mendahulukan kepentingan rakyat, bukan hanya berpolitik sepanjang masa,” titah baginda.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan defisit, Kerajaan Negeri hendaklah mengamalkan langkah berhemah dan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mustahak dan mempunyai impak tinggi untuk pembangunan negeri.

Baginda juga mengingatkan rakyat agar berusaha serta rajin bekerja dan tidak bergantung hidup kepada bantuan semata-mata sebaliknya menerapkan sikap positif yang akan menjamin kesejahteraan dan kehidupan lebih baik.

Baginda turut berpesan kepada semua wakil rakyat agar berbahas dengan tertib dan berhemah pada sidang DUN kali ini atas prinsip memperjuangkan serta membela kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. – BERNAMA

Tags: Pembangunanpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd