• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Bentang Enakmen Hudud Mac Depan

oleh AK-47
10/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Biarpun baru sahaja semalam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membuat keputusan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berkenaan Hudud, kerajaan negeri Kelantan membuat pengumuman akan membentangkan Rang Undang-Undang itu pada bulan depan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob membuat kenyataan itu dan undang-undang Hudud berkenaan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Perkembangan ini sudah pasti meneruskan konflik yang berlaku antara tiga parti dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP yang menunjukkan mereka ini begitu susah untuk mencapai kata sepakat.

MENARIK – Hadi Tidak Hadir Sidang Media Yang Hanya Empat Minit

Menurut Ahmad, sidang untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) itu sepatutnya dibentangkan pada 29 Disember lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bencana banjir besar berlaku di Kelantan.

“Untuk tujuan itu, kerajaan negeri mengadakan berkali-kali mesyuarat, perbincangan melalui Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan bagi menyiapkan beberapa pindaan dalam enakmen itu.

“Kita menyiapkan satu tatacara lengkap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Beliau berkata, perancangan membantu rakyat selepas banjir tetap diteruskan begitu juga dengan pelaksanaan Hudud juga diteruskan seperti biasa.

Ahmad berkata Kanun Jenayah Syariah itu adalah arahan Allah dan ia menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam menegakkannya dalam masyarakat Islam.

“Kewajipan ini seumpama kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh dipertikai pensyariatannya. Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan solat apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperolehi hak kebajikan mereka secara sempurna.

“Begitulah juga hukum syariah termasuk kanun jenayah syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain,” katanya.

Jika dilihat pada jadual asalnya, PR akan mengadakan konvensyen berkaitan Hudud itu pada Mei depan.

Berkaitan Hudud, dua parti iaitu DAP dan PAS saling bercakaran di dalam pakatan berkenaan kerana tidak bersetuju dengan agenda perjuangan masing-masing.

DAP menentang keras sentiasa pelaksanaan Hudud oleh PAS manakala PAS tidak bersetuju dengan idea DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

– MYNEWSHUB.CC

Sidang Media Selepas Mesyuarat Majlis Pemimpina PR Semalam

Tags: pakatan rakyatpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd