• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspirasi Kanvas TN50 Jadi Dasar Perkasa Belia

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kerajaan dalam proses mengambil alih pandangan dalam Kanvas Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk diterjemahkan menjadi dasar ke arah memperkasa golongan itu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya kerajaan amat komited bagi memartabatkan golongan belia dalam setiap aspek kehidupan, justeru semua aspirasi yang terkandung dalam kanvas itu akan menjadi perkara mustahak untuk diambil kira.

“Kita ada Kanvas TN50 yang berkait rapat dengan pandangan atau aspirasi diutarakan oleh orang muda tentang bagaimana membentuk Malaysia pada masa akan datang.

“Saya rasa itu paling mustahak,” katanya pada sidang media selepas majlis Konvensyen Belia Mahir Kelima Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.

Kanvas Belia TN50 merupakan cetusan idea kerajaan terdahulu sebagai platform curahan aspirasi atau idea lebih dua juta anak muda ke arah membentuk wawasan Malaysia yang baharu untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Sebelum ini, lebih 60,000 aspirasi dalam Kanvas TN50 yang dikumpulkan sejak setahun lepas hasil 135 dialog pelbagai peringkat telah diserahkan kepada perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan lanjut kerajaan.

Ditanya mengenai aspirasi yang mungkin diangkat menjadi dasar, Syed Saddiq hanya berkata: “Semua perkara berkaitan TN50 akan dijawab pada sesi sidang Parlimen esok”.

Dalam pada itu, beliau berkata lambakan pekerja asing merupakan punca utama gaji sektor berkemahiran berada pada kadar statik sehingga menjejaskan peluang pekerjaan bagi graduan daripada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), lebih 40 peratus atau hampir tujuh juta pekerjaan yang sepatutnya diisi pekerja tempatan telah diambil alih pekerja asing, antara lain disebabkan gaji rendah dan faedah minimum yang boleh ditawarkan majikan.

Syed Saddiq berkata kos sara hidup yang rendah dalam kalangan pekerja asing menjadi penyebab gaji dalam sektor berkaitan TVET tetap berada pada kadar statik dalam kalangan sektor korporat dan swasta.

“Ini merupakan persaingan yang tidak adil kepada rakyat berkemahiran di negara ini dan kerajaan akan bertindak memastikan kualiti pekerjaan dikembalikan kepada anak muda.

“Kita akan mencari jalan untuk pastikan kualiti kerja yang baik dengan gaji ‘bermaruah’ kepada graduan berkemahiran, sekali gus memastikan tiada lagi kebergantungan kepada pekerja asing yang selama ini membawa tempias negatif kepada golongan masa depan negara,” katanya.

Syed Saddiq berkata bagi menyiapakan generasi muda berdepan cabaran Revolusi Perindustrian Keempat, kementerian itu akan mereformasikan TVET menjadi pilihan setaraf atau lebih baik daripada bidang ijazah.

Beliau berkata usaha itu dibuat melalui penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang dipengerusikan oleh Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Fasa pertama perubahan itu telah bermula dengan Nurul Izzah mengadakan pertemuan bersama beberapa pihak berkepentingan antaranya Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan, katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq menyerahkan sijil dan diploma TVET kepada 504 graduan daripada 11 buah kolej kemahiran bawah MBM. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd