• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Guru Di Bandar Besar Serius

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG — Masalah kekurangan guru kini semakin meruncing di bandar-bandar utama negara terutama di Johor dan Selangor berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmatan, memilih untuk kembali ke negeri asal untuk bertugas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kecenderungan mereka untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam berkata demikian ketika ditanya sama ada Johor dan negeri lain mengalami masalah kekurangan guru ketika ini selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Siap Kerja bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam di sini, hari ini.

“Masalah itu berlaku di bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam dan kementerian sedang meneliti bagaimanakah penyelesaian terbaik agar guru ini tidak meninggalkan tempat.

Mungkin ada beberapa inisiatif akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru tetapi semuanya dalam peringkat kajian,” kata beliau.

Pada masa sama, Maszlee merayu agar guru tidak meninggalkan tempat mengajar mereka.

Mengenai sekolah daif, Maszlee berkata pihaknya akan menggandakan usaha untuk mempastikan sekolah-sekolah yang diberikan projek untuk dibina baharu dan dinaiktaraf agar segera disiapkan.

Berdasarkan stastistik kementerian pada 2017, terdapat 120 sekolah daif dikenalpasti di seluruh negara dengan 60 daripadanya di Semenanjung Malaysia dan masing-masing 30 buah di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun dengan peruntukan disediakan kerajaan pada 2018, lebih daripada 20 buah sekolah itu siap dibina baharu atau dibaik pulih melalui fasa pertama projek. — BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikGuru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd