• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Gesa Umat Islam Bangkit

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam di seluruh Malaysia bangkit bersolidariti meminta pihak berkuasa menahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy.

Mohd. Asri berkata, umat Islam di Pulau Pinang sudah pun bersolidariti bagi mendesak kerajaan menangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tersebut.

“Umat Islam di Pulau Pinang sudah bersolidariti menuntut Ramasamy ditangkap. Harap di seluruh Malaysia digerakkan kebangkitan menuntut Ramasamy ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Semalam, umat Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di Masjid Sheikh Eusoff bagi menyatakan sokongan kepada pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik yang berhadapan risiko dihantar pulang ke India oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Demo solidariti umat Islam Pulau Pinang itu turur mendesak pihak berkuasa menahan Ramasamy kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pelampau Tamil, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ramasamy dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Hindu termasuk Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) meminta kerajaan Pakatan Harapan mengusir dan menghantar pulang Dr. Zakir ke India.

Beberapa menteri kerajaan Pakatan Harapan termasuk M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar malah membangkitkan tentang Dr. Zakir dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu.

Kulasegaran memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan akan akur jika kerajaan India mengemukakan permintaan rasmi supaya Malaysia menghantar Dr. Zakir pulang ke India.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Shri Raveesh Kumar kemudian dilaporkan mengesahkan permohonan itu wujud dan permohonan ekstradisi Dr. Zakir ke India sedang dipertimbangkan secara aktif” oleh kerajaan Malaysia.

Dr. Zakir dikehendaki oleh kerajaan India kerana kononnya terlibat dalam aktiviti keganasan memperoleh status pemastautin tetap di Malaysia semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau merupakan pakar perbandingan agama dan pendakwah Islam antarabangsa yang berjaya membuat ramai penganut bukan Islam menyakini agama Islam dalam siri ceramah-ceramahnya. – Mynewshub.tv

Tags: Mufti Perlisumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd