• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Julang Trofi Liga Super Kali Ke-5 Berturut-Turut

oleh
21/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut musim ini, menjulang trofi kemenangan itu dengan bergaya selepas menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT terus gah di persada liga dengan mengumpul 53 mata setelah mengharungi 20 aksi setakat ini, 18 mata meninggalkan pencabar terdekat, Perak yang mengutip 35 mata.

Kelantan pula yang mengumpul 15 mata setelah hanya merekodkan empat kemenangan serta tiga seri kekal di tangga tercorot dan hampir pasti berdepan penyingkiran daripada saingan Liga Super musim depan.

Pada aksi malam ini, empat gol skuad Harimau Selatan dijaringkan pada babak kedua perlawanan setelah kedua-dua pasukan yang saling melancarkan serangan, buntu dalam usaha membolosi gawang lawan.

Gol pertama JDT hadir pada minit ke-50 menerusi percubaan jarak jauh pemain import dari Argentina, Fernando Elizari yang gagal ditampan penjaga gol pasukan pelawat, Mohd Shahrizan Ismail, sebelum Mohd Afiq Fazail memanfaatkan kekalutan di hadapan pintu gol Kelantan untuk menjaringkan gol kedua JDT, selang lima minit kemudian.

Kelantan yang cuba bangkit dengan membawa masuk beberapa pemain gantian, bagaimanapun gagal mengekang asakan pasukan tuan rumah untuk meledak gol ketiga menerusi rembatan kencang pemain muda negara, Mohd Safawi Rasid pada minit ke-79.

Kapten pasukan, Safiq Rahim menambah derita Kelantan dengan gol keempat menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan selepas pemain pertahanan S. Kunalan dikasari pemain Kelantan dalam kawasan berbahaya.

Trofi kejuaraan Liga Super disampaikan Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim sambil disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum piala itu akan dibawa ke Dataran Bandaraya untuk diraikan bersama ribuan penyokong JDT dalam satu majlis sambutan kemenangan tersebut, lewat malam ini. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd