KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu jelaskan skop liputan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Aeon Co. (M) Bhd.
“Adalah sukar ketika ini untuk menentukan kesannya ke atas harga barang dan perkhidmatan.
“Mungkin akan ada kesan ke atas perkhidmatan,” kata Pengarah Eksekutif Aeon Poh Ying Loo.
Adalah sukar untuk melihat impaknya sehingga kerajaan menyediakan skop liputan dan garis panduan yang jelas, katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Menara Ilham hari ini.
SST yang akan semula pada September depan, mengenakan cukai enam peratus ke atas perkhidmatan dan sebanyak 10 peratus ke atas jualan barangan.
Poh berkata Aeon melihat persaingan perniagaannya, yang sekarang ini bercambah dengan bilangan kedai serbaneka serta peruncit dalam talian, sebagai cabaran yang ia perlu tangani.
“Kedai runcit adalah satu perbezaan format yang ditawarkan kepada pengguna. Kita perlu memperbaiki produk serta perkhidmatan untuk pengguna kita,” katanya.
Sementara itu, GCH Retail Sdn Bhd (Pasaraya Giant) berkata jika harga meningkat selepas pelaksanaan SST, syarikat tidak akan mampu untuk mengawalnya.
Pengarah Urusan Pierre-Olivier Deplanck berkata harga sebenarnya dikawal oleh pengilang dan pengimport.
“Tetapi kerana mahu membela nasib pengguna, kami akan lakukan apa yang terbaik bagi mengurangkan lonjakan harga.
“Kami akan menolak mereka (pengeluar) jika peningkatan harga yang dikenakan adalah tidak munsabah,” katanya. – BERNAMA

