• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Tak Dibubar, Dana IKSIM Dibeku

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) namun peranan dan struktur akan dikaji semula bagi memperkasakan lagi kedudukannya sebagai agensi agama peringkat persekutuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Fuziah Salleh berkata, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan JAKIM lebih efektif dan efisyen pada masa hadapan.

“Usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan Islam dari semua sudut sememangnya menjadi keutamaan kerajaan.

“Ia selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan,” katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-UMNO Ketereh) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah turut mencetuskan suasana hangat ketika menjawab soalan tambahan daripada Annuar mengenai isu maksud Hifzuddin oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Fuziah menegaskan kenyataan menterinya sudah diputar belit oleh pihak media.

“Hifzuddin yang dimaksudkan oleh Menteri adalah kita perlu menjaga agama (Islam) tetapi pada masa sama perlu melakukan “engagement’ dengan agama lain

“Ini kerana sebelum ini, agama Islam seolah-olah menyisihkan agama lain,” katanya.

Annuar yang tidak berpuas hati kemudiannya bangun mencelah dah menegaskan penerangan itu berlawanan dengan maksud sebenar toleransi agama.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Amanah Hulu Langat) mengenai pendirian kerajaan terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pula, Fuziah berkata, peranan institusi itu akan dikaji semula.

“Permohonan dana IKSIM turut dibekukan ketika ini sehingga kita bersihkan dan nilai semula kedudukan mereka sama ada akan menukar lembaga (pengarah), teruskan atau bubarkan,” katanya. – BH Online

Tags: DanaJakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd