• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang 1MDB: Malaysia Lantik Firma Guaman Singapura

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah melantik firma guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber, Peguam Negara Tommy Thomas telah meluluskan pelantikan firma guaman Tan Rajah & Cheah, awal minggu ini.

Menurut sumber itu, kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Sumber itu berkata Thomas telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura Lucien Wong baru-baru ini untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang telah dibekukan oleh pihak berkuasa Singapura.

Antara 53 defendan itu ialah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low.

“Perintah mahkamah adalah perlu untuk mengeluarkan wang itu kepada 1MDB atau Kerajaan Malaysia,” kata sumber itu.

Malaysia telah melantik peguam cara daripada Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili di mahkamah Singapura.

Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan berkata Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa balik wang dipercayai telah diselewengkan daripada 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBPeguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd