• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SST: Rakyat Tidak Bersetuju Kadar Tinggi

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengumuman cadangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam menerima pelbagai reaksi rakyat.

Rata-rata netizen dengan sinisnya menempelak cadangan itu dan menganggap kadar tersebut terlampau tinggi.

Malah, ia melebihi GST enam peratus yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, empat tahun lalu.

Selain itu, rakyat juga kelihatan tidak memahami kadar itu dengan menganggap SST pada kadar 16 peratus.

Salah seorang pelayar Facebook Sinar Harian, Fauzi Ismail berpendapat, pada kadar itu, rakyat terpaksa membayar cukai dua kali ganda daripada cukai yang dikenakan oleh Jepun terhadap rakyatnya.

Sementara itu, Lye May Chan mencadangkan agar Guan Eng mendengar pandangan rakyat sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, kadar 10 peratus itu adalah tidak munasabah untuk golongan pertengahan dan rendah.

“Mereka tidak mampu untuk membayar cukai apatah lagi dengan pendapatan yang rendah. Jadi tolong fikirkan semula. Ia sepatutnya rendah daripada GST,” katanya.

Mohd Nazmi pula berkata, sewaktu zaman GST, sekolah tahfiz diberi peruntukan, Jakim diperkasakan dan nelayan diberi bantuan sara hidup oleh kerajaan terdahulu.

“Sekarang GST 0, sekolah tahfiz hendak ditutup, Jakim dikaji semula dan minyak tidak turun,” katanya.

Fitri Othman pula berpendapat dirinya perlu belajar asas percukaian yang membezakan SST dan GST, spektrum percukaian, perbandingan hasil pendapatan kerajaan dan kesan terhadap harga barangan.

“Takut bising berbunyi ibarat tin kosong,” katanya.

Solo Rider pula berpendapat kebanyakan peniaga tidak jujur dalam perniagaan mereka.

“Kat Malaysia ini, apabila SST hendak dilaksanakan, harga barangan naik sebab SST tambah GST. Apabila GST dihapuskan harga barang tidak turun. Lepas ini bertambah lagi,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: cukai SSTrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd