• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaharah, Wanita Kedua Dilantik Hakim Besar Malaya

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.

Zaharah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembagaan Persekutuan, di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Zaharah sebagai Hakim Besar Malaya berkuat kuasa 11 Julai lalu.

Zaharah menggantikan tempat Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Pelantikan itu menyaksikan Zaharah sebagai hakim wanita kedua yang menyandang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob yang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya mulai 2005 hingga 2007.

Zaharah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor, kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru hingga tamat Tingkatan Enam.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 1977.

Karier awal Zaharah dalam bidang perundangan bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-Undang (Sangkut). Beliau kemudiannya dilantik dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan menjawat jawatan Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau, Melaka.

Mulai 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen di Seksyen Bahasa Inggeris dan Seksyen Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Pada 1 Ogos 2004, Zaharah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmatan sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Beliau dilantik menjawat jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010. Zaharah kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015 sebelum secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 11 Julai lalu.- BhOnline

Tags: Hakim Besar MalayaWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd