• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Sesuka Hati… Malaysia Baru Apa Ni? – Puad

oleh
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran kekecohan sidang Dewan Rakyat semalam sebagai bukti tiada integriti dalam kepimpinan mereka.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat di Johor itu mendedahkan bahawa insiden berlaku disebabkan isu pelantikan Yang Dipertua adalah jelas tidak ikut peraturan dewan apabila tiada pun notis dua minggu awal yang dikemukakan.

Kata Mohd. Puad dalam catatan menerusi akaun sosial Facebooknya, hal tersebut tercetus bukan soal orangnya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat tetapi peraturannya yang tidak dipatuhi oleh pihak pentadbiran PH sendiri.

“Sepatutnya notis 14 hari dihantar kepada Setiausaha Dewan siapa nama yang dicadangkan, maka wajar sekali ahli BN dan PAS keluar Dewan kerana Kerajaan PH semakin galak guna law of the jungle bukan rule of law,” katanya.

Ujar beliau, rakyat perlu bangkit menentang kemungkaran Kerajaan PH kerana terbukti dalam isu paling mudah pun pihak pemerintah gagal mengikut undang-undang ditetapkan tetapi sengaja pilih melaksanakan hukum rimba.

“Soal intergriti tolak ke tepi, buat keputusan sesuka hati, buat perlantikan juga sesuka hati. ‘Malaysia Baru’ apa ini?” soal Puad merujuk pelantikan kontroversi Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut mengimbau kes pengunduran secara mengejut Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bulan lalu yang segera digantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Satu lagi contoh, kenapa orang seperti Wahid yang berintegriti ditekan untuk tinggalkan PNB walhal dia bukan pentaksub tegar. Sebab itu dia minta tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawatannya di PNB diambil alih oleh Zeti sedangkan suami Zeti dikatakan pemilik syarikat Azair yang mendapat kontrak besar projek ‘perigi tiub’ iaitu pembekalan air untuk sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak.

“Projek tersebut bermasalah kerana banyak perigi yang tidak mengeluarkan air atau air keluar tetapi berbau busuk. Syarikat Azair pula dikatakan disambung kontrak maintenance (penyelenggaraan) walaupun projek itu gagal.”

Bidas Puad, kalau Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa letak jawatan menteri kerana isu NFC melibatkan suaminya meskipun mahkamah kemudian putuskan Rafizi Ramli bersalah, maka kenapa Zeti tidak berbuat perkara sama.

“Justeru kita meminta Kementerian Pendidikan dan menterinya, Dr. Mazlee Malek sendiri buat forensik dalaman terhadap projek Perigi Tiub ini. Dedahkan kalau betul PH bermaruah,” tegas beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd