• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammed Nor Pengerusi Baharu TH

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya.

TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB Holdings Bhd., Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata Mohammed Nor kepada Bernama hari ini.

“Ia satu tanggungjawab yang berat namun apa yang paling penting adalah ia amanah daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Saya rasa ia adalah satu penghormatan yang besar. Sifat tugas ini adalah suatu yang sangat mulia dan bagi saya dan Zukri kami fikir ini adalah satu tugas yang sangat mulia,” katanya.

Mohammed Nor berkata, berkata pelantikannya sebagai Pengerusi TH sepatutnya berkuat kuasa 10 Julai namun Dr. Mahathir mahu bertemu dengan mereka secara peribadi terlebih dahulu, justeru ia berkuat kuasa hari ini.

“Saya rasa Dr. Mahathir memegang dahulu surat itu dan mahu mencari peluang untuk bertemu saya dan Zukri. Saya fikir beliau secara peribadinya mahu memberikan sendiri surat itu kepada saya,” katanya.

Sebelum ini, Mohammed Nor pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airlines System dari Februari 2001 hingga Mac 2004.

Menurutnya, beliau menjangkakan cabaran dalam menggalas tugas tersebut tetapi ia lebih bermakna kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan itu berkaitan dengan agama dan rukun Islam.

Ditanya bagaimana beliau akan membuat perubahan dalam organisasi itu pada masa hadapan, Mohammed Nor berkata: “berilah saya sedikit peluang, sudah tentunya kami akan tampil dengan apa yang kami dapatkan dan apa yang kami fikir kami perlu lakukan. Tidak ada masa untuk duduk bersenang lenang.”

Akauntan bertauliah yang berusia 71 tahun itu, menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang berkhidmat sebagai Pengerusi TH dari 1 Julai, 2013 sehingga akhir Mei 2018.

Sementara itu, Zukri, 60, berterima kasih kepada kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan kepada beliau menerusi pelantikan itu.

“Ia satu penghormatan untuk berkhidmat dengan organisasi ini. Insyallah saya akan melakukan yang terbaik untuk menunaikan mandat dan harapan kerajaan,” katanya.

Zukri menyandang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Datuk Seri Johan Abdullah, yang menamatkan perkhidmatan kontraknya selama dua tahun dengan TH pada 30 Jun lepas.

Zukri merupakan salah seorang ketua perniagaan yang paling berpengalaman di Malaysia dalam bidang perbankan dan kewangan. – BERNAMA

Tags: JawatanTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

02/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menawarkan jawatan badan berkanun kepada bekas ADUN Skudai, Marina Ibrahim, bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd