• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Jurujual Dipenjara 3 Tahun, 1 Sebatan

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurujual dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak wang RM2,000 hasil jualan rokok milik peniaga kedai runcit, tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Tengku Asmawi Tengku Alaudin, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraannya dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 27 September 2017.

Tengku Asmawi didakwa bersama-sama tiga yang masih bebas telah merompak wang hasil jualan rokok tidak sah berjumlah RM2,000 milik Muhammad Yusuf Yakob di Kedai Runcit Usop Jamu, Lot 236-F Lorong Keramat Dalam 7 Off Jalan Kampung Datuk Keramat, di sini pada 8 pagi, 22 Ogos 2017.

Bapa anak dua itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius selain mengambil kira kepentingan awam.

Bagaimanapun, tertuduh menerusi peguamnya Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan dia kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan di Penjara Kajang atas kesalahan sama.

“Anak guam saya benar-benar telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi, dengan hukuman yang telah dilalui oleh anak guam saya…dia memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya itu,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tiga hingga lima lelaki telah datang ke kedai itu dan mengakui mereka sebagai pegawai kastam.

Mereka kemudian memaklumkan mahu melakukan pemeriksaan kerana mengesyaki kedai mangsa menjual rokok yang tidak sah iaitu belum mendapat kelulusan kastam.

Semasa pemeriksaan itu, kumpulan lelaki berkenaan mengambil duit simpanan kedai mangsa sebanyak RM2,000 lalu melarikan diri dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai polis berdekatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kedai runcitperompak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Sembur Api Guna Aerosol Sebelum Rompak Kedai Runcit

Sembur Api Guna Aerosol Sebelum Rompak Kedai Runcit

02/12/2023
0

KLANG: Seorang lelaki menyembur api menggunakan semburan aerosol untuk menakutkan pekerja sebuah kedai runcit di kampung Johan Setia, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd