Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

3 Kanak-Kanak Lemas Dalam...

KUANTAN - Tiga kanak-kanak, dua daripadanya adik-beradik, dijumpai mati lemas di kolam bekas...

Video: Kanak-Kanak Melintas Melulu,...

SEORANG kanak-kanak nyaris menemui ajal apabila dilanggar sebuah kereta semasa melintas jalan dalam...

Gojek Tidak Islamik –...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali...

1MDB: Banyak Jasa Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Datuk Seri Najib Razak...

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

KUALA LUMPUR – Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit dekat Pekan Sungai Besi di sini pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam ketika suspek datang ke kedai runcit berkenaan kononnya untuk membeli barang.

“Semasa pekerja kedai berkenaan mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak mengambil dan membawa lari telefon bimbit yang sedang dicaj di atas meja.

“Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Suspek berumur 39 tahun itu direman tiga hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada Khamis, tular video memaparkan seorang lelaki dikerumuni sekumpulan individu selepas didakwa mencuri telefon bimbit dalam kejadian berhadapan sebuah kedai di sini.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori