• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Lantik Gay, Beri Dalih Sabotaj

oleh
09/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Mungkin malu selepas kantoi didedahkan netizen sehingga tular ke seluruh dunia, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi dalih kononnya disabotaj.

Beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj berhubung tahap ketelusan isu penyebaran senarai nama pegawainya yang dikeluarkan menerusi laman web rasmi kementerian itu dan menjadi kontroversi.

Menteri usia paling muda dalam sejarah Malaysia itu berkata, susulan tersebut, satu siasatan dalaman akan dibuat bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil memandangkan masih belum ada lantikan rasmi dibuat.

“Saya sudah maklumkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk cari macam mana boleh ada senarai nama berkenaan dan saya rasa ada unsur sabotaj. Kita akan cari (pelaku), tindakan susulan akan diambil.

“Setakat ini tidak pasti sama ada sabotaj dalaman atau luaran, perlu tunggu hingga siasatan selesai,” kata Ahli Parlimen Muar di Johor itu yang juga merupakan Ketua Armada PPBM kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kontroversi dakwaan pelantikan Numan Afifi sebagai Pegawai Akhbar Menteri Belia dan Sukan yang dikatakan cenderung perjuang hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini.

Kontroversi yang landa Numan bukan sahaja dapat kritikan pelbagai pihak malah raih simpati golongan LGBT sehingga tersebar mesej melalui media sosial bahawa ada satu perhimpunan oleh Gerakan Gay Malaysia (GGM).

Ia bagi bantah pemecatan mantan aktivis DAP itu dan ia dirancang di Bangunan KBS di Putrajaya pagi ini. Namun, kumpulan wartawan yang menunggu sejak jam 7 pagi mendapati tiada sesiapa hadiri perhimpunan haram tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai peranan Numan, Syed Saddiq berkata, Numan tidak memegang jawatan rasmi tersebut dan hanya berperanan untuk membantu dirnya terutamanya ketika awal pembabitannya dalam politik.

Anehnya, media hari ini melaporkan lelaki itu mengumumkan terpaksa letak jawatan daripada tugas berkenaan sekali gus mengesahkan beliau memang ada peranan rasmi di kementerian tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Numan AfifiSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Hubungan Parti MUDA Dan JEJAKA?

31/12/2021
0

Mungkin ramai sudah terlupa tentang Numan Afifi. Seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang pernah mencetuskan polemik sekitar...

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd