• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Zahid, UMNO Pastikan Kestabilan, Kesinambungan

oleh Haris
01/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi dipilih sebagai Presiden UMNO selepas mencapai 93 undi dalam pemilihan kepimpinan 2018, menewaskan dua pesaing yang mencabar.

Sejak bermula kiraan, Zahid diikuti rapat oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang hanya mencapai 51 undi ketika Ahmad Zahid mencecah jumlah selesa 93 undi.

Calon veteran, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya terbukti tidak popular seperti yang disangka apabila mendapat jumlah undi yang jauh ketinggalan berbanding Khairy.

Zahid diumumkan menang pada 9.45 malam tadi, selepas persaingan sengit antara beliau dengan Khairy, pemimpin muda yang disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Kemenangan Zahid bermakna UMNO memilih untuk memastikan kesinambungan kepimpinan parti, dengan memilih pemimpin yang telah memimpin parti hingga melalui Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Zahid bukan pemimpin yang selama ini berada di luar parti dan tidak menunjukkan sifat “team player” semasa parti diserang teruk oleh pihak lawan.

Walaupun dikecam kerana dianggap sebagai sebahagian kepimpinan lama yang menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya lalu, Zahid menunjukkan kesetiaan pada ketuanya dan parti pada masa yang sangat mencabar.

Zahid juga tidak dengan serta-merta cuba menjauhkan diri daripada bersama-sama menanggung kesalahan selepas tewas.

Sejak selepas kekalahan teruk 9 Mei, Zahid telah mengambil tanggungjawab kepimpinan walaupun sukar.

Pemilihan Zahid juga memastikan kestabilan parti kerana beliau bukan pemimpin yang mempunyai penyokong dan penentang yang kuat.

Beliau ialah calon presiden yang paling dapat diterima oleh ahli, dan bukan sekadar popular di media dan dengan orang luar.

Kualiti yang paling penting dimiliki Zahid ialah beliau tidak disokong dan cuba diatur oleh orang luar yang mempunyai kepentingan.

Rata-rata pemimpin dan pendukung Pakatan Harapan menyokong Khairy, sesuatu yang membimbangkan kerana sokongan itu pasti didorong oleh sebab yang merugikan UMNO.

Pemilihan ketua-ketua sayap dan kepimpinan tertinggi yang lain juga telah selesai, menunjukkan ahli UMNO sudah membuat pilihan yang terbaik untuk memastikan parti bangkit dan maju ke hadapan.

Pemilihan ketua-ketua sayap dan majlis tertinggi menampakkan satu pasukan yang kukuh dan mampu membina semula UMNO.

Sekiranya janji-janji menyekat dan menghentikan budaya politik yang negatif dikotakan, UMNO bakal menjadi sebuah parti yang lebih baik malah lebih diyakini rakyat.

Kepimpinan baharu semuanya mempunyai kesedaran untuk memulihkan parti selepas tewas dalam pilihan raya lalu dan tersingkir dari Putrajaya.

Kepimpinan yang berkeupayaan kali ini nampak menjanjikan satu perubahan ke arah yang lebih baik dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPemilihan UMNO 2018Presiden UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH

Laungan ‘Tolak UMNO’: Presiden UMNO Faham Perasaan Akar Umbi PH

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau memahami perasaan akar umbi Pakatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd