• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sifat SPRM Beku Akaun Parti Agak Keterlaluan

oleh
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Datuk Seri Najib Tun Razak terkilan dengan tindakan kerajaan membekukan akaun bank milik UMNO dan pelbagai parti pembangkang lain termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana parti terbabit disyaki pernah terima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang kononnya dibelanjakan untuk kempen politik ketika itu.

“PRU itu lima tahun lalu dan sepatutnya akaun bank terbabit dibenar beroperasi seperti biasa kerana ia tetap tidak jejas proses siasatan sedang dilakukan. Bukankah rekod transaksi mudah diperoleh jika diperlukan penyiasat?

“Saya juga sedih apabila seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) turut minta kerajaan Pakatan Harapan (PH) beku akaun bank parti politik lain seperti MCA, MIC dan Gerakan,” katanya menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Bekas perdana menteri tersebut berkata, adalah tidak wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank yang akan menjejaskan kegiatan dan pembinaan semula parti pembangkang.

“Ia juga akan beri kepayahan kepada kakitangan serta keluarga mereka yang digaji parti. Tindakan ini juga akan jejas program kemasyarakatan berterusan dilakukan parti terutama bagi bantu rakyat yang masih memerlukan.

“Bekukan akaun bank parti akan menjejaskan kebangkitan pembangkang yang berkesan dan dapat dilihat sebagai serangan atau penafian terhadap asas demokrasi,” katanya yang turut menegaskan UMNO dan SUPP tidak bersalah.

Tambah Najib, adalah satu kelaziman untuk terima derma politik sebagai mana parti lain termasuk komponen dalam gabungan PH kerana tiada peruntukan perundangan yang menyatakan pembiayaan politik adalah salah.

“Bagaimana parti politik dapat mengesahkan sumber dana diperoleh? Bolehkah PPBM atau DAP mengesahkan derma diterima mereka tidak datang dari pihak terbabit kegiatan haram atau ekonomi gelap (black economy)?

“Memandangkan PH sudah berkempen untuk PRU ke-14 dengan mendakwa saya terbabit dalam pelbagai salah laku, saya mengalukan siasatan terhadap saya, namun jangan jadikan parti politik sebagai mangsa,” katanya.

Pembekuan akaun parti oleh SPRM mula didedahkan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Johor kelmarin sekali gus membuktikan kerajaan PH takut dengan kebangkitan lawan. – Mynewshub.tv

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd