• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Digesa Siasat Menyeluruh Juga Akaun PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh akaun pihak lain yang menerima wang daripada UMNO termasuk akaun PAS.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, siasatan berkenaan adalah berdasarkan pendedahan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS ada menerima RM1.5 juta daripada UMNO.

Katanya, pemberian wang ini boleh dianggap tergolong dalam aliran pengubahan wang haram kerana diterima daripada UMNO yang akaunnya dibeku kerana disyaki langgar peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

“Pemberian wang yang begitu banyak kepada PAS ini juga menimbulkan tanda tanya berkenaan sumber wang yang UMNO perolehi.

“Dalam menjalankan siasatan di bawah AMLA, akaun PAS juga boleh dibekukan menurut seksyen 44 AMLA,” katanya melalui kenyataan media.

Menurutnya, pengakuan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr. Zuhdi Marzuki bahawa wang tersebut adalah derma juga membuka ruang kepada satu siasatan dijalankan terhadap PAS kerana derma ditafsirkan sebagai suapan menurut seksyen 3 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, tindakan PAS yang mesra UMNO dan membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum PRU14 menimbulkan syak munasabah untuk akaun PAS disiasat.

“Pemuda PAN berpendirian bahawa tiada sesiapa yang boleh dilepaskan dalam siasatan skandal mega 1MDB. Ini kerana kecurian wang yang terlibat adalah begitu besar dan menjijikkan berikutan rampasan ratusan juta wang tunai dan barangan mewah di premis-premis yang dikaitkan dengan Najib yang sedang disiasat dalam kes penyelewengan dana 1MDB,” katanya.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, akaun UMNO telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Sinar Harian Online

Tags: PASSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd