• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Suspek Kes Gaduh Country Homes Rawang Ditahan

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di Country Homes Rawang, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata kedua-dua suspek berkenaan ditahan sekitar 1 pagi ini di Bandar Baru Kundang.

Beliau berkata kedua-dua mereka berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun dan masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

“Semalam kami menahan tiga suspek kes ini dan menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan seramai lima orang setakat ini.

“Selain itu, hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek merupakan anggota kumpulan geng 08 dan kesemua mereka direman pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khamis lepas, seorang lelaki parah, manakala seorang lagi cedera ringan selepas dibelasah sekumpulan lelaki.

Pergaduhan berkenaan melibatkan beberapa lelaki yang memukul dan melanggar mangsa menggunakan motosikal sebelum menyamun kedua-dua mangsa dengan melarikan motosikal serta dompet mereka.

Sebuah video berdurasi 34 saat dan beberapa gambar lelaki yang dikatakan anggota kumpulan kongsi gelap yang membelasah mangsa turut tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dipercayai ditetak, dipukul dan dibogelkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap.

Satu mesej juga tular dipercayai daripada penduduk Country Homes Rawang dikatakan meminta bantuan daripada Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian itu yang dikaitkan dengan gangsterisme. – BERNAMA

Tags: kes gaduhpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd