• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Kaji Semula Kurikulum PLKN

oleh Haris
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengumumkan akan mengkaji semula keseluruhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Menurut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, kementerian berkenaan akan cuba menyemak semula kurikulum PLKN bagi memfokuskan kepada golongan belia.

Mohamad, yang lebih mesra disapa Mat Sabu itu menyifatkan bahawa kajian semula program berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Mungkin kami akan mengubah kurikulum. Kami mahu anak muda menyertainya, kami mahu penyertaan semua kaum.

“Ini sangat penting kerana kami mahukan generasi muda terlibat secara nasional, (supaya) mereka sayang negara ini, mereka perlu mempunyai tingkah laku sivik yang sangat tinggi, jadi mungkin kami boleh memperkenalkannya melalui program khidmat,” katanya memetik laporan Channel News Asia.

Jelas Mohamad, kurikulum baru PLKN itu juga akan memberi tumpuan kepada demokrasi secara amnya dan kurang latihan ketenteraan.

Dalam pada itu, lapor Free Malaysia Today pula, Mohamad berkata beliau secara perbadi mahu program berkenaan diteruskan dengan bajet yang lebih rendah dan lebih efektif.

Ujarnya, beliau berpendapat PLKN merupakan satu program yang baik dan bukannya sesuatu yang boleh dianggap gagal.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan berharap lebih ramai penyertaan kaum lain memandangkan program berkenaan selama ini didominasi kaum Melayu sahaja.

“Semua kaum perlu sertainya walaupun kini majoriti semua Melayu. Kita mahu Cina, India dan etnik Sabah serta Sarawak sertai program ini, kita mahu lihat dengan serius program ini,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan juga akan melihat kepada negara Jepun bagi mendapatkan idea-idea untuk menanamkan disiplin dan semangat patriotisme terhadap negara seperti yang dilakukan negara matahari terbit itu.

PLKN mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan pada awalnya ia diwajibkan kepada remaja berusia 18 tahun yang dipilih secara rawak.

Bagaimanapun, program berkenaan mencetuskan beberapa kontroversi termasuk kaedah latihan serta kematian beberapa rekrut program.

Kini, PLKN telah diubah menjadi PLKN 2.0 di mana ia menjadi satu program sukarelawan bermula tahun 2017. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kementerian PertahananMat SabuPLKN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd