• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Jual Dadah Dalam Botol Ditahan

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taktik pasangan kekasih yang menjual campuran dadah dalam botol minuman jenama terkenal berjaya dibongkar di Pandan Perdana di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata lelaki tempatan dan wanita warga Thailand kedua-duanya berumur 30-an itu dipercayai mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lepas.

Mereka ditahan pada kira-kira 6.20 petang Selasa lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Mereka menjual dadah ​yang dicampur dengan air minuman di dalam botol bagi mengaburi pihak berkuasa. Sebotol cecair campuran dadah itu dijual dengan harga RM180,” kata Hamzah kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan dan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di IPD Ampang Jaya di sini hari ini.

Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM20,820 ​​iaitu 88 biji pil ekstasi, 170 biji pil erimin 5, 68.6 gram (g) dadah disyaki syabu, satu kilogram dadah disyaki serbuk ekstasi dan 12 botol berisi cecair yang disyaki mengandungi ekstasi.

Kedua-dua suspek yang positif ujian urin direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada majlis berkenaan, Hamzah menyampaikan sijil kepada 60 penerima APC. – BERNAMA

Tags: kes dadahpasangan kekasih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

19/11/2025
0

KOTA BHARU: Pasangan kekasih yang disyaki mendalangi 21 kes pecah masuk kereta membabitkan kerugian lebih RM100,000 sejak beberapa bulan lalu...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd