• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Royalti Kelantan Urus Tuntutan

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran dan pengagihan royalti petroleum oleh kerajaan persekutuan kepada negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata setakat ini, kerajaan negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan persekutuan berhubung perkara tersebut selepas ia dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

“Setakat ini (maklumat yang diterima berhubung pembayaran royalti adalah) apa yang disebut perdana menteri pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (baru-baru ini). Jadi secara rasminya kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidifiltiri anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti berkata jawatankuasa itu dibentuk ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi menteri besar Kelantan lagi.

“Jadi jawatankuasa ini merancang tindakan-tindakan sehingga kita ambil keputusan untuk menyaman Petronas di mahkamah. Jadi kalau kerajaan persekutuan setuju untuk membayar royalti tuntutan (untuk menyaman) itu tidak berbangkit lagi.

“Mungkin jawatankuasa ini boleh membincangkan kaedah-kaedah bayaran, jumlah bayaran dan kemudian jawatankuasa ini, Insya-Allah akan memberi pandangan-pandangan kepada kerajaan negeri untuk menyalurkan (penggunaan) royalti itu,” katanya.

Mohd Amar berkata jawatankuasa itu juga berharap agar kerajaan persekutuan dapat membuat bayaran tunggakan royalti sejak perjanjian itu dimeterai puluhan tahun lepas dengan anggaran kasar sebanyak RM700 juta setahun.

“Kita kalau boleh mahu supaya tunggakan-tunggakan dibayar tapi ia bergantung kepada persetujuan. Tapi kita nak tahu dahulu daripada kerajaan persekutuan berapa mereka nak bayar, sama ada lima peratus (seperti dalam perjanjian) atau 20 peratus seperti janji dalam manifesto.

“Kalau kerajaan persekutuan bayar lima peratus itu sudah baik sebab itu yang terkandung dalam perjanjian persekutuan tapi kalau mereka bagi 20 peratus itu lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanRoyalti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd