• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoey Rahman Akui Masih Rapat Dengan Siti Nordiana

oleh
27/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman mengakui bahawa dia dan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana masih berkawan rapat.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, hubungan mereka masih baik dan tidak timbul sebarang perselisihan besar.

Katanya, cuma mereka sibuk dengan komitmen kerja serta aktiviti seni masing-masing hingga tiada masa untuk berjumpa dan keluar bersama.

“Tiada sebab pun untuk saya dan Nana gaduh atau bermasalah kerana status kami hanya kawan rapat saja. Tidak lebih daripada itu.

“Selama ini pun, peminat yang membuat andaian kami bercinta kerana foto-foto yang saya muat naik di IG termasuk pergi umrah bersama pada tahun lalu,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, kata Zoey lagi, ditambah lagi dia pun baru pindah rumah dan pejabat di kawasan perniagaan lebih strategik.

“Saya buat keputusan pindah pejabat di tempat baru di Cheras bukan kerana sudah bergaduh atau bermasalah dengan Nana sebab dulu pejabat kami bersebelahan.

“Ia kerana saya cuma memikirkan sudah tiba masa berpindah pejabat lebih selesa dan ada ruang luas berikutan jumlah pekerja pun makin bertambah dan skop operasi kian besar,” katanya.

Sementara itu, Zoey memberitahu kini dia lebih selesa memberi fokus pada karier lakonan yang masih mendapat perhatian.

“Setakat ini, saya tidak melihat situasi diri sudah ‘jatuh taraf’ untuk terus mendapat peluang menjadi hero dalam drama.

“Pencapaian saya dalam karier lakonan Alhamdulillah masih baik dan tetap diberi peluang untuk watak utama meskipun saya tidak bersikap cerewet memilih tawaran berlakon,” ujar Zoey.

Ditanya pula mengenai perkembangan terbaru, Zoey kini muncul dengan drama terbaru bertajuk Cik Sempurna di stesen TV3 yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam.

Dalam drama 26 episod itu, Zoey berganding dengan pelakon lain seperti Azrel Ismail, Emma Maembong dan Dayang Areeda sebagai watak utama. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi...

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd