• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Ditahan Bersama 20 Ketulan Ganja

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki dan merampas sebanyak 20,676.46 gram (g) ganja bernilai RM51,795 dalam serbuan di sebuah rumah di Permatang Kuala, Penaga di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis menyerbu rumah itu kira-kira pukul 2.50 petang dan menahan empat lelaki berumur 39 hingga 48 tahun.

“Hasil pemeriksaan polis menemui sebuah beg plastik mengandungi 20 ketulan daun kering disyaki ganja seberat 20,676.46g di rumah itu dan semua dadah berkenaan bernilai RM51,795. Empat lelaki itu dipercayai sedang menjalankan urus niaga menjual ganja berkenaan ketika serbuan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, dadah yang dirampas itu untuk pasaran di sekitar daerah SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT) serta dipercayai mereka terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

“Empat lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berniaga itu positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Semua mereka kini direman selama tujuh hari dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki yang juga pengedar dadah berumur 43 tahun dan merampas ganja seberat 13,023g bernilai RM32,550 di Jalan Permatang Kuala, Penaga di sini pada Isnin.

Katanya lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Volkswagen dan pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan menemukan 10 ketulan ganja yang disembunyikan di dalam tin cat.

“Kemudiannya dengan dipandu arah oleh lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Seri Pinang, Sungai Puyu dan menemui tiga ketulan ganja. Berdasarkan siasatan, semua dadah yang dirampas berkenaan untuk pasaran di sekitar SPU,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang bekerja sendiri itu dipercayai mendapat bekalan dadah daripada sindiket pengedaran sebelum menjual kepada pembelinya dan dia terlibat dalam kegiatan tersebut sejak awal tahun ini.

“Lelaki itu hidup mewah dengan hasil kegiatan pengedaran dadah dan dia yang turut positif dadah kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ganjalelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd