• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara Bertahan JDT Kukuh Pendahulu Liga Super

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga selepas menang selesa 4-0 ke atas Melaka di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Kemenangan ke-14 daripada 17 perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terus melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat, Perak dengan kutipan 44 mata berbanding Perak yang meraih 31 mata.

Empat gol JDT dijaringkan Fernando Marquez pada minit ke-40, Fernando Elizari (minit ke-53), Muhammad Safawi Rasid (minit ke-64) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada masa tambahan babak kedua perlawanan.

Perak pula terus mengejar kedudukan JDT di puncak liga selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Kelantan, hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos pada minit ke-70 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Kedah pula memintas kedudukan Pahang di tangga ketiga selepas menewaskan kelab PKNS FC 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, hasil jaringan dua pemain import, Paulo Rangel pada minit ke-16 dan Andik Vermansah pada minit ke-40.

Pahang turun satu anak tangga ke kedudukan keempat liga setelah sekadar seri 1-1 berdepan Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Skuad Tok Gajah terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-48 menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang membuat susulan setelah sepakan penalti Austin Amutu ditepis penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Selangor, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo yang menyudahkan hantaran kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-61.

Dalam saingan Liga Premier, Felcra FC mengekalkan kedudukan kedua liga setelah menang tipis 2-1 ke atas MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

MIFA terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan Mohamad Zamri Pin Ramli pada minit ke-34 sebelum Felcra FC bangkit meraih gol menerusi Mohd Alif Samsudin pada minit ke-60 dan pemain gantian, Abdul Azim Rahim pada minit ke-73.

Terdahulu, MIFA terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain importnya dari Liberia, Kpah Sean Sherman dilayangkan kad merah oleh pengadil, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah kerana mengasari pemain pelawat pada minit ke-43.

Sarawak pula naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh liga selepas menang tipis 3-2 ke atas jiran tetangga, Sabah di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Tiga gol skuad Bujang Senang dijaringkan Bobby Gonzales pada minit ke-15 dan ke-27 serta Mateo Roskam pada minit ke-36 manakala dua gol Sabah disumbangkan Maxsius Musa pada minit ke-25 dan Hector Omar Ramos Lebron pada minit ke-67. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd