• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan Royal Belum, Banding dekat sini maut manakala dua lagi cedera selepas khemah mereka dihempap pokok dalam kejadian malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata mereka yang maut dikenal pasti sebagai Koperal Mohd Safuan Hassan, 30 dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf, 32.

Mereka yang cedera pula dikenali sebagai Mohd Haizol Kamsiran yang mengalami patah kaki kanan dan Wilian Nisau Atong yang patah paha kanan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan sementara mayat pula dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan patah beberapa tulang rusuk dan pendarahan dalam paru-paru akibat dihempap pokok, ” katanya.

Mengulas insiden, beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika kesemua mangsa sedang tidur di dalam khemah berkenaan sebelum dihempap pokok besar yang tumbang semasa hujan dan angin kencang. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd