• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Ahmad Said Beri Keterangan 5 Jam Di SPRM

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi dan ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi keterangan bermula 11 pagi ini.

Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela memandangkan sebelum ini menawarkan diri untuk memperjelaskan beberapa perkara berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

“Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.

“Saya mengesahkan tetapi tidak boleh berkongsi mengenai dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, hari ini.

Ahmad berkata beliau juga bersedia memberi semula keterangan sekiranya diperlukan.

Ditanya adakah beliau menggunakan platform itu dengan memberi keterangan secara sukarela kepada SPRM sebagai usaha menarik sokongan kepadanya bagi merebut kerusi Naib Presiden UMNO, Ahmad berkata: “Ini tidak ada kena mengena langsung.

“Apa yang saya tekankan ialah kita perlu telus dan integriti dalam apa jua tindakan yang dibuat walaupun kita terpaksa mengorbankan jawatan.”

Pada Mei lalu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan terhadap 1MDB.

1MDB bermula sebagai TIA, iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarikan sosioekonomi rakyat negeri itu secara amnya.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009. – BERNAMA

Tags: 1MDBDatuk Seri Ahmad SaidSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd