• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Bawa Agenda Liberal Kalau Menang Presiden UMNO?

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO dibimbangi akan menjadi parti yang semakin lunak terhadap fahaman liberal sekiranya Khairy Jamaluddin menang jawatan presiden yang ditandinginya.

Hal ini dibimbangi oleh pemimpin dan akar umbi yang sedar tentang tersebarnya fahaman ini di Malaysia dalam satu dua dekad kebelakangan ini.

Malah, keberanian golongan liberal sejak Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas membimbangkan lagi ahli-ahli yang sedar ancaman liberalisme.

Keberanian Siti Kassim berdepan dengan pihak polis dan disokong pula oleh Menteri Dalam Negeri menunjukkan hubungan baik mereka.

Khairy telah banyak kali menunjukkan sikap lebih liberal berbanding pemimpin lain dalam parti.

Beliau tidak pernah bertembung pendapat dengan kelompok liberal tetapi pernah memberikan pandangan yang ditentang oleh mufti.

Sejurus kalah dalam PRU14, Khairy telah menimbulkan cadangan agar UMNO dibuka kepada semua kaum dan tidak menjadi parti eksklusif orang Melayu.

Pada 2017, beliau menyelar pihak berkuasa agama yang menangkap kaki ponteng puasa melalui catatan di Twitter.

Katanya, lebih baik sumber digunakan untuk tangkap orang ponteng puasa itu digunakan untuk membantu asnaf.

Pandangan salah beliau dijawab oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, yang berkata bajet untuk bantuan asnaf sudah disediakan bagi bulan Ramadan, dan lembaga zakat sudah mengenal pasti penerimanya.

Jawapan beliau menafikan tanggapan bahawa sumber untuk operasi menangkap kaki ponteng puasa mengurangkan bantuan untuk fakir miskin semasa bulan puasa.

Memang diketahui umum Khairy berpegang pada fahaman yang liberal dan pandangannya tentang menangkap orang tidak berpuasa itu bukan pelik dan bukan yang terakhir.

Khairy mungkin mahu membina pengikut daripada kalangan liberal dengan pandangan-pandangan yang liberal dan dianggap progresif itu.

Beliau sentiasa mahu dilihat berfikiran terbuka dan tidak seperti mereka yang dilabel jumud kerana prihatin dengan isu agama yang semakin dianggap tidak “trending”.

Pada tahun lepas juga Khairy menyatakan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai sesuatu yang memalukan.

Khairy dilabelkan hina oleh seorang aktivis peguam, Buzze Azam, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita kerana bersikap apati terhadap hak istimewa Melayu seperti yang dilindungi oleh Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Aktivis peguam tersebut dipetik sebuah portal berita sebagai mengkritik Khairy kerana seolah-olah mempertikaikan keabsahan Perkara 153, dengan “KJ kata sistem kuota di bawah Perkara 153 adalah suatu penghinaan kepada orang Melayu.”

Pada 2013, beliau berkata kemenangannya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO menunjukkan agenda liberal dan progresif diterima oleh akar umbi parti.

Beliau dilaporkan sebagai berkata beliau boleh menggunakan formula konservatif kalau mahu menang selesa tetapi memilih cara liberal.

Katanya agenda liberal mesti diterapkan di kalangan Pemuda terlebih dahulu yang akan mewarisi kepimpinan parti pada masa akan datang.

Beliau juga pernah mempertahankan serangan terhadap liberalisme daripada Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Dalam satu ucapan pada 2014, beliau menerangkan semula kenyataan Najib yang memberi amaran tentang bahaya liberalisme.

Beliau pula mengatakan yang liberalisme tidak merbahaya, dan mendakwa Najib menggunakan istilah liberalisme secara longgar yang maksud sebenarnya lebih kepada liberalisme yang melampau.

Inilah yang dibimbangi oleh ramai ahli UMNO yang merasakan masa ini UMNO mesti lebih tegas dan berani menunjukkan identiti Melayu dan Islam.

Sikap liberal boleh menjadi faktor semak dan imbang kepada sikap ekstrem konservatif dalam parti, tetapi tidak patut menjadi faktor yang dominan dan memandu parti.

Tags: Khairy Jamaluddin Abu BakarliberalUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd