• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Sah Berada Di UK Untuk Rawatan

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dikehendaki polis berhubung laporan dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini, hari ini mengesahkan berada di United Kingdom (UK).

Musa dalam satu kenyataan yang diedarkan melalui pegawai perhubungan media beliau di Kota Kinabalu, hari ini turut mengesahkan beliau berada di negara itu bagi mendapatkan rawatan perubatan selain atas alasan peribadi.

Beliau juga mendakwa keluar secara sah pada 16 Mei lalu dan menyangkal dakwaan kononnya keluar atau memasuki UK secara haram seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

“Ia menyimpulkan bahawa saya menjadi orang buruan dan sengaja mengelak daripada pihak berkuasa berhubung siasatan majlis di Istana Negeri pada malam 10 Mei lalu dan perkara yang berkaitan.

“Tiada apa yang boleh diteruskan daripada perkara sebenar. Saya percaya bahawa beberapa laporan ini dibuat dengan niat untuk memalukan atau memburukkan saya atas alasan politik.

“Sebenarnya, saya keluar Malaysia secara sah mengikut undang-undang pada 16 Mei lalu dan sekarang berada di UK untuk menjalani rawatan dan atas alasan peribadi,” katanya.

Musa berkata, beliau sudah memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan perintah terhadap Juhar dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung tindakan ultra vires dan tidak berperlembagaan selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.

“Beliau (Juhar) secara salah meminta saya meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam, enggan menandatangani surat pelantikan dan bermaksud untuk melantik Shafie sebagai Ketua Menteri sedangkan saya masih memegang jawatan berkenaan.

“Perkara ini sekarang subjudis di Mahkamah Tinggi berikutan saman pemula yang saya failkan sebelum ini,” katanya.

Musa dalam kenyataannya turut menjelaskan beliau sedia membantu polis dan pihak lain berhubung perkara itu selain sudah memaklumkan bahawa beliau sudah menjelaskannya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Katanya, sebarang soalan atau permintaan untuk maklumat lanjut berhubung kes berkenaan perlu dikemukakan melalui peguamnya di Malaysia dan London.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebelum ini dipercayai berada di London berdasarkan rakaman gambar yang tersebar dalam laman sosial.

Ia menimbulkan spekulasi kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu keluar secara haram dari negara ini berikutan kenyataan Jabatan Imigresen sebelum ini yang melaporkan tiada rekod Musa keluar dari Malaysia. – myMetro Online

Tags: Ketua Menteri SabahTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

14/01/2024
0

TUARAN: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah terbesar di negeri...

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

Hajiji Masih Ketua Menteri Sabah, Keabsahan Ditentukan Sokongan Majoriti ADUN – GRS

07/01/2023
0

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, masih Ketua Menteri walaupun Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd