• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

oleh
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul Debat.

Syamsul Debat menjelaskan walaupun beliau menceburi bidang politik, ini tidak bermakna peranannya sebagai pendakwah terhenti, malah beliau sering mendapat jemputan memberi ceramah.

“Biarpun pilihan raya sudah berakhir, ia tidak menjejaskan karier saya. Perjalanan politik tidak pernah mengganggu kehidupan seharian saya.

“Alhamdulillah… kehidupan saya seperti biasa dan jemputan menyampaikan ceramah masih ada. Semua rezeki yang datang adalah daripada Allah SWT,” katanya pada Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, Rantau, Seremban, hari ini.

Tambahnya lagi, jadualnya agak padat pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sepertimana sebelumnya.

Beliau yang juga Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat menerima keputusan dengan hati terbuka biar pun tewas kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Sehingga kini, beliau masih membantu rakan seperjuangan dalam UMNO demi memartabatkan nasib orang Melayu dan umat Islam.

“Walaupun saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, saya masih sayangkan parti ini,” katanya.

Selain berceramah motivasi, beliau juga bertugas mengendalikan urusan membawa Jemaah menunaikan umrah dan program pelancongan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: penceramahpolitikSyamsul Debat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd