• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Perak Tak Kekok Gaya Raya Tengok Bola Di Rusia

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REALITINYA Malaysia tidak bersaing pada temasya Piala Dunia 2018, namun siapa sangka bukan sahaja Jalur Gemilang megah berkibar di Rusia, malahan baju Melayu turut mencuri tumpuan!

Segalanya kerana semangat patriotik dan kecintaan Putra Tahsrinudin Tajudin, 32, terhadap tanah air, yang sekali gus memberi ilham untuk dia memakai baju Melayu sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak di sana.

“Idea ini timbul sebab saya mahu ketengahkan pakaian kebangsaan kita di mata dunia. Ternyata ramai orang asing datang menyapa dan bertanya mengenai perihal baju Melayu yang saya gayakan.

“Untuk kelainan, saya gayakan baju Melayu lengkap dengan sampin serta memakai topi Soviet Union yang saya beli di sini,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online, pada Khamis.

Selain baju Melayu, Putra turut membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri kelahirannya, Perak.

Putra dengan penuh rasa bangga bukan sahaja mengibarkan dua bendera itu sewaktu perlawanan berlangsung, malah di luar stadium.

Dia yang berangkat ke sana pada hari raya puasa ketiga Ahad lalu tidak bersendirian apabila turut disertai bapa saudara, adik ipar dan seorang sahabat.

Sementara itu, kelainan yang ditampilkan pemuda ini turut menarik perhatian petugas media di sana.

“Sewaktu perlawanan antara Portugal dan Maghribi, salah satu saluran televisyen Rusia turut menemubual saya bertanyakan mengenai baju Melayu dan pengalaman saya di sini.

“Saya sangat teruja sewaktu ditemubual. Walaupun gugup, saya nyatakan ini merupakan pakaian kebangsaan negara Malaysia,” ujar Putra lagi.

Setakat ini, selain menonton saingan antara Portugal dan Maghribi, dia sudah menyaksikan perlawanan Brazil menentang Costa Rica dan Belgium menentang Tunisia.

Dia yang mengusahakan syarikat percetakan di Taiping, Perak, akan kembali ke Malaysia pada 24 Jun ini.

Biarpun berada di sana selama seminggu, kosnya mencecah sekitar RM7,000 setiap seorang.

Sebelum mengakhiri bicara, dia yang meminati pasukan Brazil menjangkakan Sepanyol bakal menjuarai kejohanan Piala Dunia 2018.

Pada Rabu, mStar Online menyiarkan mengenai tiga anak muda tempatan megah mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Parti Keadilan Rakyat sempena berlangsungnya kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu. – mStar Online

Tags: jalur gemilangPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd