• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Dibenar Merayu Injunksi Klip Video Najib

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee hari ini mendapat kebenaran untuk merayu terhadap injunksi sementara diberi kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan klip video yang disiarkan melalui laman Facebooknya (Pua).

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Datuk David Wong Dak Wah membenarkan permohonan Pua untuk merayu.

“Saya berpendapat kes ini melibatkan persoalan penting di mana penghujahan dan keputusan mahkamah ini akan mempunyai kepentingan kepada rakyat,” kata Ahmad, yang mempengerusikan panel itu.

Mahkamah Persekutuan akan menentukan empat persoalan undang-undang dalam rayuan itu pada tarikh kemudian, termasuk persoalan sama ada mahkamah boleh dibenarkan membuat keputusan melalui notis penghakiman bahawa tiada salah laku dilakukan apabila menangani keputusan Peguam Negara untuk tidak memulakan pendakwaan dan penjelasan beliau berhubung keputusan itu sebagai membebaskan perilaku yang dipersoalkan.

Satu lagi persoalan ialah tentang kesahan injunksi sementara yang diberi itu dan sama ada permohonan bagi mendapatkan injunksi sementara dalam perbicaraan kes memfitnah yang dibuat dalam kes The New Straits Times Press (M) Bhd lwn Airasia Bhd adalah undang-undang yang betul berdasarkan kebebasan menyuarakan pendapat yang dijamin Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 Feb tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Pua untuk membatalkan injunksi sementara diperoleh Najib bagi menghalangnya daripada menyiarkan klip video berunsur fitnah berkaitan pembentangan rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 seperti didakwa.

Dalam penghakiman bertulis, hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam berkata mahkamah itu perlu mengambil maklum dari segi penghakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, memutuskan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya siasatan turut dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang hasilnya telah diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan dakwaan melibatkan 1MDB.

Najib menyaman Pua atas kedudukan peribadinya dengan mendakwa Pua membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau melalui video berkaitan pembentangan RUU355.

Bekas perdana menteri itu mendakwa klip video dimuat naik Pua atau ejennya ke laman Facebook rasminya sepanjang dua minit, 21 saat bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill’ boleh diakses secara meluas dan bebas melalui Internet.

Pada 4 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberi injunksi sementara kepada Najib untuk menghalang Pua, yang kini pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, daripada terus membuat kenyataan dan menyiarkan klip video itu.

Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Pua, memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada keputusan Mahkamah Rayuan itu memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan.

Katanya hakikat bahawa bekas Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mendakwa Najib bukan dengan sendirinya merupakan pembebasan daripada melakukan kesalahan, tetapi hanyalah keputusan untuk tidak melakukan pendakwaan.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib membantah permohonan Pua bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu itu dengan berkata ia merupakan perkara interlokutori dan tidak boleh dibenarkan.

Katanya, Pua masih mempunyai peluang di mahkamah untuk mempersoalkan kuasa speaker semasa perbicaraan. – BERNAMA

Tags: Tony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd