• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor Yang Baharu Disenangi Rakyat

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Selangor yang baharu hari ini merupakan pemimpin muda yang terbukti diterima masyarakat setempat apabila menyandang kerusi berkenaan selama tiga penggal berturut-turut.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berumur 38 tahun itu pernah menjadi aktivis mahasiswa yang memperjuang bidang kesenian dan kebudayaan sepanjang tempoh pengajiannya dari tahun 1999 hingga 2002.

Tidak berhenti di situ, anak jati Pontian, Johor berkenaan terus giat dalam aktiviti kesenian dan menyertai kumpulan kesenian Jalan Telawi (KsJT) sebelum menceburi dunia politik sekitar tahun 2004 dengan menganggotai PKR.

Bermula sebagai anggota biasa PKR, Amirudin kemudiannya berusaha serta tekad untuk lebih serius dalam bidang politik dan saban waktu menyertai pelbagai aktiviti anjuran PKR sehingga tersenarai buat pertama kalinya sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang politik yang mendalam, Amirudin membuktikan usia mudanya yang mencecah 28 tahun ketika itu ditambah pengalaman selama empat tahun bergelumang bersama PKR mampu meraih kepercayaan rakyat.

Dalam percubaan sulungnya itu, Amirudin menewaskan calon BN T. Mohan dan calon PAS, Azmi Hussain dengan majoriti 3,369 undi.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mendirikan rumah tangga dengan Masdiana Muhammad dan dikurniakan enam cahaya mata itu menyifatkan kemenangan itu sebagai anjakan kuat kepadanya untuk menggalas tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat yang diwakilinya.

Pada PRU13, Amirudin kekal menyandang kerusi berkenaan buat penggal kedua dan dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) bagi portfolio Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

Dalam pilihan raya umum itu, beliau menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 3,261 undi menewaskan calon BN, N. Rawisandran dan G. Suman (Bebas).

Pada PRU14 lepas, Amirudin melakukan hatrik apabila dapat mempertahankan kerusi DUN berkenaan yang ditukar nama kepada DUN Sungai Tua dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 11,374 undi, sekali lagi mengalahkan Rawisandran (BN), selain calon PAS, Mohamad Ibrahim dan Badrul Hisam Md Zin (Bebas).

Beliau merupakan antara tiga muka lama Exco yang dikekalkan untuk penggal baharu ini dengan dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Pemberdayaan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. – BERNAMA

Tags: MB SelangorRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

17/05/2026
0

HIMPUNAN Daulat Tuanku semalam ada yang melaporkan sekitar 3,000 peserta, manakala ada yang menyebut 5,000 orang. Tidak mustahil juga jumlah...

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd