• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Jamaluddin Bakal Tanding Presiden UMNO?

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bakal menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Ahli Parlimen Rembau itu dijangka menyerahkan borang pencalonan petang ini sebelum tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan EXCO Pemuda yang enggan dikenali.

“KJ akan tanding presiden,” katanya ringkas.

Khairy dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li, menawarkan diri bertanding jawatan sama selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi implikasi terhadap keputusan itu terutama mengenai perkara berkaitan soal kepemimpinan.

Langkah Khairy itu menjadikan jawatan Presiden UMNO bakal menyaksikan persaingan antara beliau, Ku Li dan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Di samping itu, blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz turut menyatakan hasrat sama dan sudah mengemukakan borang pencalonan. – BH Online

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd