• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ingatkan UMNO Tak Harus Terbelah Dua

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah untuk turut bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini, dengan menyifatkan UMNO kini parti yang lebih demokratik.

Ahmad Zahid, naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas presiden selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya 12 Mei lalu, berkata pengumuman Tengku Razaleigh itu juga suatu bukti komitmen bahawa semua jawatan dalam UMNO terbuka untuk ditandingi.

Beliau, yang juga bekas timbalan perdana menteri, bagaimanapun mengingatkan bahawa UMNO tidak harus terbelah dua seperti terjadi pada tahun 1987 biarpun keterbukaan parti itu diterjemahkan semula pelaksanaannya.

“UMNO harus terus diperkukuhkan biarpun kekecundangan telah membaluti prestasi dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dengan menerapkan semangat bekerja sepasukan,” menurut catatan dalam Facebook (FB) beliau, beberapa jam selepas Tengku Razaleigh mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

“Keutamaan untuk menjaga jemaah UMNO lebih penting dari sesuatu jawatan yang ditandingi. Kerana sesuatu jawatan kelak merupakan suatu amanah dan bukan habuan politik. UMNO kini terkeluar dari gelanggang kekuasaan,” kata Ahmad Zahid.

​​​​​​​Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dari 1976 hingga 1984 dan Ahli Parlimen Gua Musang berusia 81 tahun itu, berkata keputusan tersebut diambil selepas meneliti kedudukan dan situasi UMNO terutama berkaitan soal kepimpinannya.

Dalam catatan sama, Ahmad Zahid juga mengharapkan tempoh berkempen tidak harus dijadikan sebagai pentas untuk membunuh perwatakan calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

“Ia hendaklah dilakukan secara persahabatan dengan semangat ukhuwah,” katanya dan menambah bahwa beliau sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima siapa sahaja yang menang untuk membentuk kepimpinan UMNO yang kuat.

“Kita hendaklah menjadikan pertandingan ini dengan niat untuk menghadapi seteru politik di luar sana dan bukan mencipta permusuhan sesama sendiri. Jangan jadikan ‘menang jadi arang dan kalah menjadi abu’ sebagai tunjang pertandingan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd