• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Tukar Beras Perang Jika Anda Mahu Manfaat Ini

oleh AK-47
16/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK di rantau Asia tidak dapat lari daripada mengambil nasi sekali gus menjadikan nasi sebagai makanan ruji sama ada makan pagi, tengah hari ataupun malam.

Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan turut dihasilkan daripada beras seperti laksa, pulut, lemang dan lain-lain.

Namun tahukah anda selain beras putih, terdapat sejenis lagi beras yang mempunyai bentuk yang sama namun warnanya seakan keperang-perangan.

Dikenali sebagai beras perang kerana warnanya, ia dikatakan lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa kita jamah.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Fakta beras perang

Beras perang biasanya lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.

Ia sebenarnya sengaja dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses habis dan dibuang kulitnya.

Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan.

Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Rasanya pula seperti berkacang dan lebih kenyal berbanding beras biasa, oleh kerana itu, ramai yang lebih menggemari beras putih kerana ia lembut dan cepat dimasak berbanding beras perang.

Manfaat beras perang

Beralih ke beras perang boleh memberi impak positif kepada kesihatan anda secara keseluruhan ini kerana perbezaan utama di antara dua bentuk beras ini terletak dalam kandungan zatnya.

Beras perang ini mampu memberikan anda tenaga yang berganda sekaligus membuatkan anda cepat kenyang ketika menjamahnya.

Jadi di sini kami kongsikan 10 fakta menarik dan penting mengenai kebaikan beras perang berbanding beras putih yang biasa dimakan.

Mengurangkan risiko kanser kolon

Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon.

Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Mencegah sakit jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi.

Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Perlindungan daripada kanser payudara

Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

Mengurangkan kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol kurang baik atau Lower Density Lipoproteins (LDL) di dalam darah.

Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut yang sangat baik untuk menyerap lemak jenis ini.

Mengekalkan berat badan seimbang

Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis.

Membantu penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

Mencegah batu karang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa.

Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan Glicemic Index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang.

Ia sekaligus mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

Makanan bayi yang sempurna

Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

Ini kerana selaput kulit beras perang ini mengandungi  nutrisi yang sememangnya diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Kandungan vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat serta kalsium yang cukup tinggi berbanding beras putih amat diperlukan untuk memberi tenaga pada sel tubuh mereka dan cukup bagus untuk perkembangan saraf juga jantung mereka.

Membentuk tulang yang sihat

Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat.

Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang, satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beraskesihatanNasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

07/06/2024
0

SERDANG : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd