• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah ada satu zaman, rakyat miskin tak perlu terlalu risau nak beli beras kerana ada bantuan SARA”

Itu antara perkongsian aktivis politik, Abdullah Zawawi Wahab di media sosial yang mengundang respons ramai netizen hari ini.

Beliau mendakwa, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi kelegaan kepada golongan memerlukan apabila peruntukan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

Beliau turut mendakwa, sejak pentadbiran Anwar mengambil alih pada hujung 2022, rakyat tidak lagi berdepan kenaikan mendadak harga ayam dan telur ketika musim perayaan.

Dakwanya, Anwar mungkin bukan pemimpin yang gemar mengambil hati golongan politik, namun memilih untuk memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.

“Dalam keadaan negara masih menanggung defisit, beliau tetap mencari ruang untuk membantu puluhan ribu anak daripada keluarga miskin melanjutkan pelajaran ke universiti melalui sokongan PTPTN.

“Anwar Ibrahim mungkin tidak mampu membuat semua orang hidup mewah dalam sekelip mata, tetapi beliau berusaha membaiki asas negara yang telah lama bocor,” dakwanya.

Beliau turut menyentuh isu bekalan barangan asas dengan mendakwa keadaan bekalan seperti beras dan minyak masak kini lebih teratur berbanding pengalaman rakyat sebelum ini yang pernah berdepan kesukaran mendapatkan barangan tersebut.

“Hari ini kita masuk ke pasar raya, minyak masak ada di rak. Beras masih ada. Bekalan lebih teratur.

“Dulu, kita pernah melalui zaman minyak masak hilang dari pasaran. Rakyat terpaksa mencari dari satu kedai ke satu kedai. Semoga apa sahaja jasa yang membawa manfaat kepada rakyat akan terus dikenang,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Abdullah Zawawi Ibnu Wahab

Tags: Abdullah Zawawi Ibnu WahabAktivis politikBeli BerasberasDatuk Seri Anwar IbrahimKerajaanpakatan harapanPHRakyat MiskinTak RisauZaman Anwar
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd