• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Kutuk ‘Tagline’ Iklan Hampagas Hina Amah

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sekelip mata, sebuah syarikat barangan elektrik menjadi sebutan ramai apabila ‘tagline‘ yang digunakan untuk produk hampagas jualannya dikatakan menghina pembantu rumah Indonesia.

‘Fire Your Indonesian Maid’ – frasa tersebut didakwa digunakan syarikat Corvan Technology untuk produk pembersih keluaran syarikat mereka.

1ca44255-972e-4d9b-a04b-149579c927fd_169

Media-media di Indonesia kemudiannya mencanangkan isu tersebut kerana dikatakan mengandungi elemen yang merendah-rendahkan amah dari Indonesia.

Dalam satu kenyataan di media Indonesia, Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama mengecam penggunaan ayat tersebut sebagai daya penarik pengguna untuk membeli peralatan elektrik tersebut.

ahok11

“Tidak boleh berkata pecat begitu sahaja. Penggunaan kata-kata ‘fire your Indonesian maid’ itu sangat kurang ajar,” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok.

Menurut Ahok lagi, isu tersebut selayaknya diselesaikan oleh pemimpin Malaysia dan Indonesia kerana dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan rapat kedua-dua negara.

Menaker-Hanif-Dakhiri1

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Hanif Dhakiri pula dikhabarkan telah menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut.

Dalam kandungan pesanan tersebut, Hanif berkata, beliau memaklumkan bahawa rakyat Indonesia tidak senang dengan terma yang digunakan dan memohon Richard untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat terbabit.

“Jawapan daripada menteri Malaysia, mereka akan membantu kita selepas diselidik. Mereka tidak boleh terus memohon maaf,” katanya.

[BACA INI JUGA: Kunjungan Jokowi Eratkan Lagi Hubungan Malaysia, Indonesia]

Corven Technology  dalam satu kenyataan telah menjelaskan, syarikat tersebut tidak terlibat dengan iklan itu dan tidak bersetuju dengan cara promosi dilakukan.

Terang wakilnya, iklan itu telah dihasilkan oleh pengedar tidak sah.

“Selaku pengedar tunggal (produk) Neoto Robotics di Malaysia, Corvan Technology dan pengedar sah lain berpegang teguh dengan moral dan kod etika yang tidak akan membiarkan iklan dan promosi negatif atau menyinggung perasaan.

“Corvan Technology menggesa para pelanggan Neoto BotVac Robotic Vacuum supaya berhati-hati dengan pengedar tidak sah,” ujar kenyataan tersebut.  -MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Berita Iklan Hina Pembantu Rumah Indonesia

https://www.youtube.com/watch?v=FuwFykL0Vkk

Tags: iklanIndonesiakes penghinaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd