• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukup Tajaan RM30 Juta Siaran Piala Dunia Di RTM

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Siaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara rasminya menerima tajaan mencukupi berjumlah RM30 juta menerusi Maxis Bhd dan AirAsia Bhd.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata Maxis merupakan penaja utama iaitu Penaja Platinum dengan tajaan RM18 juta sementara AirAsia adalah Penaja Emas menerusi tajaan RM12 juta.

Gobind, yang merupakan penyokong tegar pasukan Brazil berkata pelbagai syarikat korporat juga sedang mengadakan perbincangan dengan RTM untuk kos lain seperti promosi.

“Kos hak penyiaran, jumlahnya adalah RM30 juta. Kita ada perjanjian spesifik kos berkenaan. Kalau ada pertambahan tajaan, kita boleh dapat siaran (perlawanan) tambahan, perkara itu masih dalam perbincangan,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas melancarkan siaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma di RTM di kementeriannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan kerajaan melalui RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini hingga 15 Julai.

Daripada jumlah itu, sebanyak 28 perlawanan akan ditayangkan secara langsung, manakala bakinya disiarkan melalui siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2.

Dalam pada itu, Gobind berharap dengan penyiaran secara langsung di RTM mampu menaikkan prestasi dan peranan RTM sebagai media kerajaan.

Katanya penyiaran secara percuma kepada rakyat itu membuktikan kerajaan masa kini prihatin terhadap minat rakyat terhadap acara sukan yang dianjurkan empat tahun sekali itu.

“Dengan mengambil kira nilai perpaduan yang dapat dipupuk melalui siaran kejohanan ini, saya telah berusaha merealisasikan impian peminat bola sepak.

“Kerjasama melalui acara kesukanan ini merupakan platform sesuai menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa dan status,” katanya.

Mengenai prestasi pasukan pilihannya, Gobind yakin Brazil yang merupakan juara lima kali Piala Dunia itu mampu menampilkan permainan terbaik.

“Saya minat Brazil sejak kecil lagi. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Brazil. Kita lihat apa yang berlaku nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala DuniaRTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd