• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utamakan Keselamatan Rakyat – ATM

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan kedaulatan negara dengan terlebih dahulu mengutamakan keselamatan rakyat berbanding rekod rampasan dan tangkapan semasa melaksanakan tugas terutama di sempadan Malaysia-Thailand.

Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin berkata anggota yang ditugaskan mengawal sempadan negara tidak seharusnya melihat jumlah rekod tangkapan dan rampasan sebagai kayu ukuran untuk mengukur kejayaan mereka ketika bertugas.

“Keutamaan ATM adalah untuk terus melindungi negara dan memastikan masyarakat mempunyai keyakinan menjalani kehidupan harian tanpa merasakan terdapat anasir serta elemen yang tidak diingini sehingga boleh mengganggu kehidupan harian.

“Walaupun kita dilatih untuk berperang, namun dalam keadaan aman ketika ini anggota ATM tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa lain membanteras kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anggota ATM yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan di Kem To’ O, Rantau Panjang di sini, malam tadi.

Terdahulu, Azizan meninjau empat pos tentera di kawasan tersebut iaitu Pos Ular dan Pos Kuala Jambu di Tumpat serta Pos Ibrahim Pencen dan Pos Jeram Perdah di sini.

Beliau berkata anggota ATM tidak seharusnya beranggapan mereka menjadi peneraju terhadap agensi keselamatan lain di sempadan kerana badan tersebut mempunyai kuasa terhad terhadap sesuatu perkara yang berlaku di kawasan sempadan.

“Kita membantu agensi-agensi penguat kuasa, jadi ketika melaksanakan tugas kita perlu tahu apa yang salah, yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat,” katanya.

Sementara itu beliau berkata sepanjang Januari hingga Ahad lepas (10 Jun) anggotanya berjaya merampas pelbagai barangan yang dibawa masuk ke negara ini secara menyalahi undang-undang berjumlah RM143,578 dan menahan 13 pendatang asing tanpa izin.

Antara barangan yang dirampas termasuklah petrol, daun ketum dan mercun, katanya. – BERNAMA

Tags: ATMrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd