• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Pentadbiran Dikehendaki Isytihar Harta

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyi, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

“Perdana Menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Perdana Putra, di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Selain itu, Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada lima jawatan bagi mengelakkan masalah penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan mendapati terdapat pegawai kerajaan yang memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat.

“Ini akan dikurangkan, tak boleh lebih daripada lima (jawatan), bahkan kita tidak galak pegang dua atau tiga jawatan pun.

“Sepatutnya pegang satu jawatan sahaja tetapi kita tidak dapat elak daripada sesetengah pegawai yang perlu pegang jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan,” katanya.

Mahathir berkata anggota pentadbiran dan pegawai tinggi kerajaan juga tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah dengan tindakan akan diambil terhadap pemberi dan penerima hadiah terbabit.

“Kalau sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya takut kepada Abu Kassim, saya takkan terima. Tetapi boleh bagi bunga, makanan dan buah-buahan tetapi tidak lebih daripada itu, kita tolak kereta semua,” katanya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Mahathir berkata pemilihan Abu Kassim sebagai Ketua Pengarah GIACC adalah atas pengalamannya dalam usaha cegah rasuah termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Beliau juga mempunyai pengalaman antarabangsa berhubung beberapa agensi antirasuah yang lain dan kita sekarang akan menggunakan panduan yang dibuat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan strategi untuk melawan rasuah,” katanya.

Mahathir turut mengesahkan walaupun GIACC ditubuhkan, SPRM akan terus kekal sebagai badan bebas menangani isu rasuah di negara ini.

“Koordinasi ya, tetapi bukan kerjasama,” katanya ketika ditanya sama ada GIACC akan bekerjasama dengan SPRM.

Dr. Mahathir berkata kesemua keputusan itu diambil kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius dalam usaha membanteras penyelewengan dalam pentadbiran yang menyebabkan kerajaan kehilangan banyak dana.

“Ada satu kes melibatkan sebuah syarikat yang membekalkan elektrik kepada sekolah dengan kontrak RM1 bilion. Syarikat ini tidak buat apa-apa pun, tetapi sudah kutip duit daripada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: hartajemaah menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd