• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti: PAS Terengganu Sambut Baik Keputusan PM

oleh Ahmad Albab
09/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Keputusan kerajaan persekutuan untuk membayar semula royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar disambut baik oleh pimpinan PAS Terengganu dengan penuh rasa kesyukuran.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah menghidupkan semula semangat federalisme antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

“Ini adalah satu langkah positif yang diambil oleh kerajaan persekutuan dengan mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut kandungan Perjanjian Pembangunan Petroleum PDA 1974 yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini namun dimungkiri UMNO-Barisan Nasional (mulai tahun 1999).

“Kerajaan negeri pimpinan PAS juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat yang akan memantau bagaimana kita membelanjakan wang royalti itu.

“Kerajaan pusat dan negeri masing-masing ada bidang tugas tersendiri, jadi kita sentiasa terbuka dalam hal (pemantauan penggunaan royalti) ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Rusila di sini hari ini.

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan semalam memutuskan penyaluran royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus yang akan diberi secara terus kepada kerajaan negeri

Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim pula berkata keputusan Perdana Menteri itu adalah satu langkah besar dalam mewujudkan perbezaan antara sikap BN dengan Pakatan Harapan yang sudah tentu diterima dengan rasa syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Perdana Menteri, khususnya.

“Politik diskriminasi telah merugikan kita semua dan menggagalkan usaha memberi kesejahteraan secara saksama kepada seluruh rakyat. Ia melebarkan jurang pembangunan dan perkhidmatan serta menimbulkan rasa tidak puas hati oleh layanan berbeza yang tidak menghormati hak demokratik rakyat.

“Sikap kerajaan persekutuan yang adil ini boleh merawat perpecahan dan menyatupadukan rakyat. Perpaduan boleh mempercepatkan proses pemulihan dan pembinaan negara yang lebih kuat dan baik. Semoga keputusan ini akan disusuli dengan lebih banyak khabar positif antara Terengganu dan kerajaan pusat di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat pula mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang telah mengembalikan semula hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian itu.

“Semoga kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat dipertingkatkan atas semangat federalisme yang pastinya bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAS TerengganuRoyalti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Terengganu Diingat Jangan Terlalu Yakin Menang 32 DUN

Pas Terengganu Diingat Jangan Terlalu Yakin Menang 32 DUN

27/03/2023
0

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul Rahman mengingatkan pemimpin Pas supaya tidak terlalu yakin...

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd