• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Terengganu Diingat Jangan Terlalu Yakin Menang 32 DUN

oleh Mohd Arshad
27/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pas Terengganu Diingat Jangan Terlalu Yakin Menang 32 DUN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul Rahman mengingatkan pemimpin Pas supaya tidak terlalu yakin dapat memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata, pemimpin Pas tidak boleh memandang mudah kemampuan UMNO kerana parti itu sebenarnya masih relevan dan diterima rakyat serta mampu melakukan kejutan pada PRN akan datang.

Menurutnya, Pas dan sekutunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh meletakkan harapan tinggi tersebut semata-mata berdasarkan pencapaian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ini kerana, katanya, rakyat mula menyedari Pas menggunakan wang secara berleluasa dan menyalahgunakan media sosial secara tidak bertanggungjawab dengan memfitnah pemimpin UMNO pada kempen PRU15 itu.

“Ini adalah antara punca yang menyebabkan kekalahan kepada pihak UMNO dan Insya-Allah apa yang berlaku itu akan menjadi panduan kepada kita menghadapi PRN tidak lama lagi dan rakyat juga mula membuka mata,” katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Nerus di Batu Enam di sini, hari ini.

Ahmad Razif yang juga Ahli DUN Seberang Takir berkata, sejarah juga telah tercipta di negeri ini apabila pemimpin Pas terlebih yakin mampu memenangi 32 kerusi dalam PRU tahun 2004, namun parti itu hanya mendapat kemenangan di empat DUN sahaja.

“Sebelum PRU itu, pimpinan parti itu terlebih yakin mampu menawan 32 kerusi DUN sekaligus mengetuai kepimpinan negeri, namun keputusan PRU tersebut didapati parti gagal mencapai kemenangan besar,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, beliau mendapati golongan muda semakin menaruh keyakinan kepada kepimpinan UMNO bagi membela masa depan mereka apabila mula mendekati semula UMNO.

Jelasnya, keadaan itu terbukti apabila ramai dalam kalangan anak-anak muda yang mempunyai kelulusan tinggi dan berjaya dalam kerjaya masing-masing tampil menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan saya-sayap UMNO di peringkat bahagian termasuk di Kuala Nerus.

“Perkembangan tersebut sesuatu yang membanggakan apabila masih ramai anak muda yang mahu bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan nasib mereka,” tambahnya.

Pada PRU14 lalu, BN Terengganu berjaya memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN manakala Pas pula menawan 22 kerusi.

Selain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang belum mengadakan PRN iaitu Kelantan,Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul rahmanDUNPAS Terengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

15/11/2025
0

KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon...

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd