• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Penapisan Melaka Salur Bantuan RM175,300

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. menyalurkan RM175,300 kepada anak yatim, keluarga miskin dan pelajar sekolah di negeri itu menerusi Program Sentuhan Kasih Petronas sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hashim Majid berkata program tahunan yang dijalankan sejak 2005 itu bertujuan meringankan beban mereka dalam menyediakan persiapan hari raya.

Ia juga bertujuan mendekati dan meraikan golongan kurang berkemampuan, bukan sahaja sempena Aidilifitri tetapi juga sempena perayaan utama lain seperti Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, Pesta Gawai dan Kaamatan, katanya pada Majlis Sentuhan Kasih Ramadan Petronas 2018 di sini, malam tadi.

Katanya seramai 200 sukarelawan Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. juga telah berkunjung dari rumah ke rumah pada Isnin untuk menghulurkan bantuan kepada golongan berkenaan di sekitar Tangga Batu dan Bukit Katil. Sebanyak 120 keluarga telah menerima bantuan berbentuk makanan bernilai RM140 dan duit raya RM250 setiap keluarga.

Pada majlis malam tadi, seramai 41 anak yatim dari Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah, lapan ibu tunggal yang juga balu bekas kakitangan Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. dan lima bekas pekerja yang menghadapi masalah kesihatan diberi sumbangan duit raya antara RM150 dan RM300.

Hashim berkata sebanyak 300 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Tangga Batu juga menerima duit raya RM150 seorang.

Program kali ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Petronas (Bakip), merupakan program gabungan dengan ‘Bakip Reach Out Day’ dan berjaya mengutip RM82,000 hasil sumbangan kakitangan Petronas, kata beliau.

Katanya selain itu syarikat itu juga telah melaksanakan program kemasyaraktan lain seperti program ‘Petronas All About Youth’ bagi menggalakkan peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan 4 berfikir secara kreatif, praktikal dan inovatif.

Katanya program jangka panjang itu memberi fokus kepada bidang-bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, selain memberi tajaan biasiswa untuk anak Melaka melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. – BERNAMA

Tags: anak yatimpetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd