• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Pulih Pasar Besar Seremban Siap Januari 2019

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerja-kerja baik-pulih dan naik taraf tingkat atas Pasar Besar Seremban yang musnah akibat kebakaran pada September tahun lalu, dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata kos keseluruhan kerja-kerja itu menelan belanja RM12 juta.

“Kerja-kerja baik-pulih dan naik taraf ini mengambil masa untuk disiapkan kerana struktur beam di tingkat atas tidak selamat lagi digunakan dan perlu diganti demi keselamatan orang ramai serta peniaga.

“Selain itu kita juga merancang menyediakan lif di pasar ini demi keselesaan orang ramai yang berkunjung. Lif ini akan dipasang di lokasi yang sesuai,” katanya selepas meninjau perkembangan terkini projek baik-pulih Pasar Besar Seremban di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif.

Teo berkata sebanyak 306 unit gerai baharu akan disediakan dengan merangkumi tiga segmen berbeza antaranya bahagian kedai makanan dan pakaian, jualan basah serta jualan bahan kering seperti buah-buahan, telur dan alat permainan.

“Kesemua itu akan dibangunkan semula bagi membolehkan peniaga berniaga dengan lebih selesa dan terurus berbanding sebelum ini, kesemua peniaga itu akan diuruskan oleh MPS,” katanya.

Sementara itu, Abd Halim berkata MPS merancang untuk menjadikan Pasar Besar Seremban sebagai antara destinasi tarikan pelancong.

“Banyak pasar seperti di Kota Baharu, Miri dan Kuching yang mana pasarnya di bawah terdapat jualan ikan, daging, sayur-sayur dan sebagainya manakala tingkat atas dijadikan tempat pelancong membeli pakaian, kraftangan dan lain-lain sambil menikmati makanan di gerai makanan yang disediakan.

“Hasrat kita ialah hendak menjadikan tingkat atas Pasar Besar Seremban tarikan pelancong seperti sebuah pasar raya yang cantik dan kemas serta dilengkapi gerai makanan,” katanya.

Buat masa ini, kesemua peniaga yang terlibat berniaga di perkarangan parkir Pasar Besar Seremban itu, sementara menunggu kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: naik tarafPasar Besar Seremban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd